Rabu, 19 Februari 2014

2 Terbunuh Kereta Rempuh Lori Di Kuantan


KUANTAN – Dua lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Batu 12 Jalan Kuantan-Gambang di sini, hari ini.

M Kanayan, 36, mati di tempat kejadian manakala R Raman, 54, mati sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata dalam kejadian pada jam 7.35 pagi itu kereta Proton Saga yang dipandu Kanayan dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Ketika kejadian, kereta Proton Saga itu datang dari arah Gambang menghala ke Kuantan, katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Bimbingan