Sabtu, 22 Februari 2014

Cardiff Cipta Sejarah Benam Man City


Cardiff City, kelab yang dimiliki hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menewaskan kelab mewah, Manchester City 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Cardiff City, Wales, malam tadi.

Selepas memulakan kempen dengan kekalahan 0-2 kepada West Ham di gelanggang lawan minggu lalu, kemenangan itu memberikan mata sulung buat skuad kendalian Malky Mackay itu selepas naik ke liga utama berkenaan apabila muncul juara Liga Kejuaraan musim lalu.

Jangkaan awal semua pihak, City bakal mudah meraih tiga mata penuh ke atas Cardiff selepas skuad kendalian Manuel Pellegrini itu memulakan kempen musim ini dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Newcastle, minggu lalu.

Namun jaringan pendahuluan City menerusi Edin Dzeko pada minit ke-52 tidak bertahan lama apabila Cardiff berjaya menyamakan kedudukan lapan minit kemudian tinjauan rembatan jarak dekat Aron Gunnarsson.

Kegarangan Cardiff di laman sendiri terus terserlah apabila dua jaringan Fraizer Campbell pada minit ke-79 dan 87 memastikan mereka selesa mendahului 3-1 sebelum City berjaya juga merapatkan kedudukan apabila Alvaro Negredo menanduk masuk gol kedua pada masa kecederaan.

“Ini perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris kami di gelanggang sendiri selepas 51 tahun dan ia detik yang cukup bersejarah.

“City menguasai permainan tetapi kami sememangnya layak unuk menjadi pemenang perlawanan ini. Kami menjuarai Liga Kejuaraan musim lalu juga dengan rekod kemenangan cukup baik di gelanggang sendiri,” kata Malkay.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan malam tadi, Tottenham biarpun tanpa kelibat Gareth Bale berjaya meraih kemenangan kedua musim ini selepas menewaskan Swansea 1-0 di White Hart Lane tinjauan jaringan penalti Roberto Soldado pada minit ke-58.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Bimbingan